KESALAHAN PENGGUNAAN
KATA GANTI NAMA
A.
Jenis kata ganti nama:
1. Ganti nama diri pertama
:
aku, saya, hamba, patik, kami, kita,
beta.
2.
Ganti nama diri kedua :
awak, engkau, kau, mu, kalian, kamu,
saudara/saudari, tuan/puan, cik, encik.
3.
Ganti nama diri ketiga :
dia, mereka, baginda, Tuhan, orang
itu, pelajar itu, ia.
B. Jenis kesalahan kata ganti
nama:
i. ia tidak boleh digunakan untuk binatang
atau benda.
(ia - untuk manusia sahaja)
Salah
- Kucing
jantan saya pandai menangkap tikus. Ia
menangkap tikus pada waktu malam.
- Basikal kakak rosak. Ia rosak semalam.
Betul
-Ayam itu berkokok. Ayam itu berkokok dengan kuat.
-Ayam itu berkokok dengan kuat.
-Kereta itu rosak semalam
ii. ia tidak boleh disambung dengan nya.
Salah
-Ia
dimarahi ibunya kerana ianya jahat.
Betul
-Ia dimarahi ibu kerana ia jahat.
iii. Kata ganti nama tidak boleh digandakan.
(kecuali ‘tuan/ puan, saudara/i, encik’)
Salah
-Mereka-mereka semua sedang menonton televisyen.
-Kamu-kamu semua perlu bersedia untuk peperiksaan.
Betul
-Mereka semua sedang menonton televisyen.
-Kamu semua perlu bersedia untuk peperiksaan.
iv. Singkatan ‘mu’ dan ‘ku’ mesti dicantumkan dengan objek.
Salah
-Saya akan datang ke rumah mu.
-Baru ku baca buku itu.
Betul
-Saya akan datang ke rumahmu.
-baru kubaca buku itu.
v. Gelaran kata nama khas mesti dengan huruf besar.
Salah
-Nama guru saya encik Amran.
-Kucing jantan itu ialah si Putih.
Betul
-Nama guru saya Encik Manaf.
-Kucing jantan itu ialah Si Putih.
vi. ‘Tuhan’ mesti dieja dengan huruf besar.’ Nya’ untuk Tuhan mesti ada tanda
sengkang dan berhuruf besar.
Salah
-Semoga tuhan memberi rahmatnya kepada kita.
Betul
-Semoga Tuhan memberi rahmat-Nya kepada kita.
vii. Jawatan yang bilangannya sedikit atau 'khas' mesti dengan huruf besar.
Salah
-Perdana menteri akan ke Indonesia
-Saya datang dengan menteri pendidikan.
Betul
-Perdana Menteri akan ke Indonesia.
-Beliau datang dengan Menteri pendidikan.
viii. ‘ia’ dan ‘dia’ tidak boleh untuk orang dihormati atau yang lebih tua.
(gunakan ‘beliau’)
Salah
-Pegawai itu tidak hadir kerana ia sakit.
-Pensyarah itu demam kerana dia terkena hujan.
Betul
-Pegawai itu tidak hadir kerana beliau sakit.
-Pensyarah itu demam kerana beliau terkena hujan.
ix. ‘beliau’ tidak boleh untuk orang jahat atau kanak-kanak.
Salah
-Beliau ditangkap kerana mencuri.
-Beliau masih kecil lagi, semasa kejadian itu
Betul
-Dia/ ia ditangkap kerana merompak.
-Dia/ ia masih kecil lagi, semasa kejadian itu.